Demografi dan jenayah Tottenham

Populasi yang mendiami kawasan ini terdiri daripada populasi minoriti yang besar. 55.1 peratus populasi berkulit putih, manakala 28.6 peratus berkulit gelap.[2] Dalam satu laporan, South Tottenham dipercayai merupakan tempat yang paling berbagai-bagai budaya di Eropah, sehinggakan 300 bahasa digunakan dalam pertuturan.[3]

Rusuhan

  • Rusuhan Broadwater Farm di sekitar kawasan Broadwater Farm berlaku pada 6 Oktober 1985. Rusuhan ini merupakan tindak balas terhadap kematian seorang Afro-Karibia dalam suatu pemeriksaan polis di rumahnya. Rusuhan ini menyaksikan perbalahan yang sangat tegang antara golongan belia berkulit hitam dan juga Polis Metropolitan yang kebanyakannya berkulit putih. Hal ini disebabkan oleh isu-isu tempatan dan rusuhan ini juga kebetulan berlaku seminggu selepas rusuhan di Brixton. Seorang anggota polis dilaporkan mati dalam rusuhan ini.[4]
  • Rusuhan London 2011 merupakan siri rusuhan yang bermula di Tottenham. Rusuhan ini berpunca daripada perjumpaan seratus orang warga Tottenham yang mengadakan tunjuk perasaan atas kematian Mark Duggan yang ditembak mati oleh pegawai polis dalam Operasi Trident seminggu sebelum itu. Dalam tempoh berlakunya rusuhan, punca kematian Mark Duggan tidak dikenalpasti. Rusuhan menyebabkan banyak bangunan, bas-bas awam, dan kereta peronda polis dibakar serta berlakunya kecurian berleluasa selepas premis dipecah masuk.